The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





Story of my life
 
Saturday, 29 November 2014 



 



Hai.. hai dan haiii... dah bosan dah post miena kali ni kan? Sebab blog kali ni dah takde hala tuju dah :3
Nak buat macam mana, ni takdir miena. Tapikan, miena rasa taknak stoplah post tentang HP. Rasa best pulak. Tapi kalau miena still continue post tentang HP, miena nak post tentang apa? miena kena jujur. Takkan miena nak post kat sini benda tak betul?? mengamuk karang HP kalau dia tahu :3. Tapi miena teringin sangat yang HP jumpa blog miena ni secara tak sengaja. Miena nak HP tahu yang miena tak mainkan dia. Tapi tak mungkin kan? Sebab miena dah pun lost contact dengan dia. Last day skola pun dia tak tegur miena or should I say that miena yang lari dari HP? hehe... tu pun miena tak pasti. Mungkin kami lari dari antara satu sama lain tak? Masing-masing malu. Yang si jejaka janggal sebab terpaksa menolak. Yang si gadis pula malu apabila ditolak. Hmm.. Nak buat macam mana kann.. Ni lah kesudahan cerita miena. Sentiasa tak positif.



Tapi miena harap miena tak cepat lupakan HP even post miena yg sebelum ni miena nak lupakan dia. Tapi miena tak boleh. Miena tipu tentang post sebelum ni yang miena berdoa agar Allah sentiasa buat miena lupakan HP. Tapi miena tak berdaya. Miena tak kuat. Miena buat post macam tu sebab miena taknak susahkan semua kawan miena. Miena taknak diorang pun sedih dengan keadaan miena. Miena cuma insan biasa. Insan yang tak dapat memaksa orang lain untuk buka hatinya untuk miena. Miena juga sedar yang miena ni masih tak layak untuk dia. Tapi miena akan cuba perbaiki diri miena lagi :')
Moga-moga Allah sentiasa berada di sisi miena. Miena taknak sejarah berulang lagi. Miena nak Allah pelihara hati miena ni agar tak mudah nak berikan kepada makhluk lain :')
Maaf kalau post miena kali ni agak sentimental sikit.
Sebenarnya miena teringatkan HP masa kupas bawang tadi. Tu yang terus updated pasal HP. Miena masih tak boleh lupakan dia . Miena harap dia masih ingat dan tak lupakan miena.


okaylah. sampai setakat ni jelah miena story kat korang semua ok? miena takut kang rumah miena banjir lak dek air mata miena. Cewahhh~ miena sekarang terlebih emo~:3

Btw, miena sekarang tengah mencari kerja. Harap masa tengah cari tu tak terserempak dengan HP lah ye. Miena taknak HP jumpa miena dalam keadaan comot, selenge, selebat semua tulah. Malulah miena kan kan? :3 Okay, doakan miena ya semua reader agar miena tabahkan hati miena :3 Bye2X

ASSALAMUALAIKUM :D


P/S : MIENA BERCADANG UNTUK KERJA KAT KFC JE SEBAB MIENA DAH ADA PENGALAMAN BEKERJA KAT SITU. SESIAPA YANG MENGENALI MIENA, JANGAN SEGAN, JANGAN SILU UNTUK TEGUR MIENA YA. PEACE YAW ;P BYE :D



Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.