The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





Rancangan Dapat Dijalankan!
 
Saturday, 22 November 2014 




Hi.. Dah lama miena tak update kan? rasanya dah lebih dua hari dah. Tarikh hari ni pun dah 22th Nov. Means dah lepas dari tarikh rancangan miena lah kan?? Hehehe.. so, ape lagi.. nak dengar story tak masa 20haribulan tuh? :3
Bagi yang nak dengar, meyh duduk dekat-dekat dengan miena. Jangan takut sebab miena tak makan orang (walau hakikatnya memang orang pandang miena ni gerun dan ganas pun. HP sendiri pernah cakap yang miena ni ganas. Ohhh~ sedihnya hati~ :3 )
Btw, sambung cerita pada 20th Nov (Khamis) hari tuh. Masa hari khamis miena ade paper fizik. Untuk maklumat reader semua, suject fizik ade tiga kertas. Detailnya adelah seperti berikut :


SUBJEK FIZIK SPM 2014
KERTAS 1 : 08:00 PAGI - 09:15 PAGI
KERTAS 2 : 10:00 PAGI - 12:30 TGH HARI
KERTAS 3 : 02:00 PETANG - 03:30 PETANG




So, dah tahu lah kan jadual miena?  hmm.. kebetulan lepas kertas 2 Fizik miena rancang nak bagitau HP tapi si HP ni melekat pulak dengan geng kelas Adil. Takkan miena nak bagitau HP masa geng Adil ade kan? Ishh.. buat malu je :3 Lepas tu, miena ingat nak lah tunggu sampai HP sorang2 tapi tup2 tengok HP nak balik. Siap pakai helmet lagi (Untuk pengetahuan reader, HP dah ada lesen ye)
Time tu miena dah putus asa dah tapi nasib baik time tu Eiyla ade untuk temankan miena jumpa HP. Eiyla kata jangan putus asa lagi. Eiyla siap tawarkan lagi untuk panggilkan HP. Jarang-jarang Eiyla seberani tu. Hehee :3
Tapi miena tolak sebab kalau boleh masa miena jalankan rancangan miena, miena nak semua orang takde. Then miena decide nak bagitau HP masa HP datang sekolah (KERTAS 3 FIZIK MULA JAM 2 PETANG. Kebanyakkan pelajar lelaki pulang ke rumah sebab mereka ade kenderaan sendiri. begitu juga dengan HP :3 )  Miena teringat yang HP selalu sorang2 je masa datang sekolah.  Then, miena pun cepat-cepatlah uruskan hal miena macam makan, solat, ulangkaji tu semualah. Miena ajak Eiyla & Lizzy teman miena kat Balai Info ( tempat tu dekat dengan tempat HP parkir motor ). Miena, Lizzy & Eiyla pun tunggulah HP. Miena duduk kat lantai sebab biar senang berborak dengan Eiyla & Lizzy untuk bincang pasal eksperimen fizik ( Fizik kertas 3 adalah tentang eksperimen yg telah kami pelajari di sekolah :3 ). 
Tengah sibuk-sibuk baca buku tu, Miena terdengar suara motor. Then, miena dah pasti yg HP dah sampai. Miena tengok masa kat jam. 01:27ptg. 




HP nak bergerak masuk ke kawasan sekolah. Then, Lizzy cakap kat miena yang Lizzy nak blah dulu sebab tak selesa. Eiyla pun macam tu :3 Miena pun ok je lah sebab miena pun tak selesa kalau orang tengok. Malu gituuuu~ <3 heheee xD
Lepas tuh, Lizzy & Eiyla pun blah. Miena pergi dapatkan HP dan tegur dia yang baru je melepasi pagar sekolah. Miena panggil dia. Lebih kurang macam ni kot conversation kami. Miena tak ingat sangat. Kabur. :3

_________________________________________________________________________________
Conversation miena & HP :

Miena         : HP, aku nak cakap sikit, boleh?
HP              : Hmm, cakaplah cepat.
Miena         : Ermm, aku nak cakap pasal... (Sambil menoleh kiri dan kanan)
HP              : (Toleh kiri dan kanan juga)
Miena        : Aku nak cakap yang aku.... (sebuah kereta datang belakang kami. miena ngan HP tengok                    je siapa yang turun dari kereta tu. Rupa-rupanya geng budak Adil.) Tunggu sampai dia                         blah dulu lah.
HP              : Ok. ( Kami hanya memerhatikan budak kelas Adil tu jalan di sebelah kami. Tapi masa                         budak adik tu berjalan dia ade cakap macam ni kat kami)
Budak Adil : Takpe, ignore je aku. Teruskan date korang tu (Whut?? Baru miena perasan yang kami                           berdua je kat tempat tu. giler bahaya =,,=" Then, budak adil tu pun blah)
HP               : Haa~ dah kosong dah ni, takde orang. Cakap cepat (pandang keliling)
Miena          : Aku nak cakap... nak cakap ...( Tunduk bawah ) yang aku.... (Dipintas oleh HP =,=")
HP               : Kau nak cakap yang kau nak aku tolong kau ajar kimia kan?? (Laju pintas cakap miena)
Miena          : Hah?? Kimia? (Blur) Eh, taklah.. bukan.. bukan mintak ajar kimia.
HP               : Habis tu?
Miena          : Aku nak cakap... yang aku.. aku... (gagap)
HP               : .............. ( kusutkan rambut, sengih-sengih, pandang tempat lain)
Miena          :...... aku rasa aku tak dapat cakaplah. kau ameklah ni. kau baca surat dalam ni. (Nak blah                      dah.) Oh, jangan bagitau sesiapa tau. Bye! (Terus lari cari Lizzy & Eiyla)
_________________________________________________________________________________



Haa~ macam tulah seingat miena conversation kami :3 Bagi HP yang menjenguk blog miena ni, sila betulkan kalau statement miena salah ye :3 Tpi masa miena bagi 'benda' tu kat HP miena taktau miena bagi macam mana. yang pastu 'benda' tu dah ada kat HP dan miena tak sentuh tangan dia pun :3 tu dijamin xD
Then, Lepas dapat je jumpa Lizzy & Eiyla, Miena terus sergah diorang! Eiyla tak sabar2 nak dengar citer miena. Miena pun citerlah seperti conversation di atas. Tapi Lizzy tanya miena sama ada miena beritahu HP atau tidak tapi miena cakap tak. Miena tahu yang Lizzy kecewa dengan miena kan? Maaf tau Lizzy. Maaf sesangat. Miena takde keberanian macam tu :3
Then, Masa masuk dewan untuk menjawab Kertas 3 Fizik, miena tak lalu laluan yang dekat dengan meja HP dah ( HP duduk depan dari miena so secara automatik miena dapat tengok dia masa lalu dekat meja dia :3) Tapi miena lalu dekat laluan meja orang lain dan menyorok belakang Eiyla.
Miena pun sampai di meja miena dan bermulalah peperangan semua student Form5 SMKDN yang mengambil subjek FIZIK.
Lepas tamat je menjawab paper Fizik, miena pun bangun dari kerusi. Miena kalau boleh nak HP blah dulu baru miena blah sebab miena malu. Masa nak beredar dari Dewan Peperiksaan tu, miena menyorok belakang Eiyla lagi sekali :3. Maaf menyusahkan kau Eiyla :3
Then, sampai di situ sahaja kisah pada 20th Nov. Nanti miena akan update kisah 24th Nov pula ye. masa hari tu miena akan inform sama ada positif or negatif. :D ok bye. 

PRAY FOR ME ON THIS 24TH NOV

#SPM2014

ASSALAMUALAIKUM :D



Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.