The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





Perjalanan Hari ni
 
Thursday, 13 November 2014 







Hi... malam semalam miena tak update sebab pagi-pagi tuh dah updated dah :3 Hari ni miena akan updated tentang kisah saya dan HP. Sebenarnya lebih kepada apa yang terjadi dan perkara yang miena buat untuk tegur HP :3

Semuanya bermula apabila miena tiba disekolah bersama dengan Lizzy. Masa tu adalah dalam nak dekat jam 3petang. Eiyla dah tunggu kami di balai info(dalam kawasan sekolah). Dira tak datang sebab penat mungkin :3 Setibanya kami berdua di sekolah kami tak nampak pelajar lain selain dari Eiyla. Oh ya, kali ni kelas tambahan jugak. Dan kami decide untuk tunggu pelajar yang lain tiba baru kami naik ke kelas. Masa sibuk tunggu tu, miena ada tunjukkan surat yang miena olah sendiri untuk diberikan pada HP. Macam dalam gambar tulah keadaan miena bila nak buat surat untuk HP. Penuh dengan rujukan buku-buku. Masa miena tulis surat untuk HP, miena taknaklah kandungan surat tu terlalu jiwang dan gedik! geli kot! kalau boleh miena nak elegent gitu xD Tapi sayangnya Lizzy dengan Eiyla berpendapat yang surat miena tu macam budak lima tahun punya! Malunya! >.< Tapi diorang ade jugak cakap comel. Hehe.. yang tu memang kembang kempis miena jadinya :3



Masa kami tengah sibuk citer-citer tu, HP pun datang dengan motor dia. HP pakai baju warna hitam. Gabra giler miena masa tengok dia. Comel sangat! Rasa macam tengok anak patung berjalan >.< Ni kalau HP baca post miena ni, mesti dia ingat miena pervert kan? heheee :3
Lepas HP masuk kawasan sekolah, Lizzy terus tegur dan lari kat HP. Miena time tu cemburu pun ada tapi perasaan malu lagi menebal sebab Lizzy pun panggil miena supaya jalan sesama. Nasib baik Eiyla pun ada sama. Boleh dijadikan peneman dan alasan untuk elak dari HP :3 Tapi masa miena dan Eiyla berjalan di belakang HP dan Lizzy, Eiyla ade cakap yang HP pandang miena. Time tu miena rasa gembira sangat tapi bila difikir-fikirkan balik mesti HP tengok miena sebab tudung miena senget kot? Rasanyalah :3

Tapi miena taknaklah biarkan Lizzy berduaan je dengan HP sebab nanti ade yang marah :3 (Lizzy paham kan? xD)  Then, miena berlari terus ke sebelah Lizzy. Eiyla pun apalagi, teruslah pergi kat sebelah miena. Tinggallah HP sorang kat belakang kami. Time tu miena rasa pelik. Kami blah dari balai info dengan HP? DENGAN HP???? sebenarnya kami tunggu HP ke apa?? huhuuu~ malunya :3
Tapi takpelah. Then, kami terus naik ke makmal kimia. Miena, Lizzy & Eiyla duduk di meja yang ke-3 dekat dengan pintu keluar/masuk. HP pulak pergi dengan geng dia dekat meja pertama dekat ngan tingkap. miena duduk depan Lizzy. Eiyla duduk sebelah kiri Lizzy. Lepas tu Lizzy panggil HP untuk ajar Lizzy subject kimia. Then, HP amek kerusi dan duduk sebelah kanan Lizzy. Nasib baik HP tak duduk rapat sangat. Kalau tak, memang miena meraung sambil tulis kat blog ni (TT_TT) Macam nilah kedudukannya lepas HP join kami :

(nampakkan nama kami?)

Masa HP tengah sibuk ajar Lizzy, miena adalah jugak celah sikit bercakap dengan HP. Tu pun miena tak perasan yang miena cakap dingin dengan HP. Uwaaa~ mesti dia ingat miena benci sangat kat diaa~ (TT_TT) macam mana ni? :3 apa patut miena buat? Huhuuu~ Macam mana kalau dia tak terima miena? Mesti malu sesangat :/

Okaylah. miena takde mood nak taip panjang-panjang.  Lgipun miena tak ingat sangat kami borak pasal apa. miena cuma ingat telinga lintah, telinga kuali dengan buntut  kuali habis licin :3 Tengah gundah gulana ni sama ada HP terasa dengan cara miena cakap dengan dia or tidak. Nasib baik miena cakap sikit je dengan HP. :( kbye .

PATUT KE MIENA TERUSKAN RANCANGAN MIENA??

WISH ME LUCK ON 20TH NOV

ASSALAMUALAIKUM :D


Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.