The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





#PENUTUP
 
Monday, 24 November 2014 







Yeahh~ seperti dalam imej di atas, miena akan stop post tentang HP lagi. Sebabnya kenapa? Mestilah keputusan yang HP bagi kat miena adalah negatif. Buat apa miena post pasal orang yang tak suka miena kan? Nanti akan buat miena rasa nak menangis je. Okaylah. Seperti yang dijanji dalam post miena yang lepas, Miena akan ceritakan kejadian pada 24Nov hari ni. Tentang macam mana miena boleh tahu jawapan HP kan? Miena malas nak cerita. So, miena akan dedahkan kandungan surat yang miena bagi pada HP supaya korang semua dapat kaitkan dari awal hingga akhir. Biarlah reader nak anggap miena ni perempuan taktau malu pun, miena tak kisah. Asalkan semuanya berakhir di sini. Tentang perasaan miena, usaha miena nak dekati HP dan macam2 lagilah perkara yang miena harapkan dari HP, Miena nak lupakan berakhirnya coretan miena hari ini :'(


Kandungan Surat Miena

hmm.. sila klik gambar tu kalau nak baca ye. Kalau taknak takpe. Miena tak paksa. Okay, seperti yang dinyatakan dalam surat tu, Kalau HP pakai keychain yg miena kasi means dia terima. Tapi kalau HP tak pakai means dia tolak miena. So, pagi tadi miena tak nampak pun HP gantung keychain yang miena kasi tu kat beg dia. Means apa??? mestilah HP tolak miena kan?? Uwaaa~ ni first time miena luah kat orang dan first jugak kena reject~ Trauma nihhh :3 Tapi takpelah, miena akan jadikan ni sebagai pengalaman miena :3

Okay, masa miena tengok beg HP tu waktu pagi iaitu sebelum Paper kimia kertas 1 mula. Masa miena dapat tahu yang HP tak pakai tu miena ade jugak rasa macam nak menangis, meraung, semualah. Tapi miena tak boleh nak paksa HP kan? Miena tak tunjuk depan Lizzy, Eiyla, Dira dan Rara sebab taknak mereka risau. Dan seriously, miena langsung takboleh fokus dan berhenti pikir pasal HP masa menjawab kertas 1 kimia tadi. Adelah dalam 15lebih soalan miena tak sempat jawab. Miena redha je ape nak jadi. Tapi masa kertas2 Kimia keadaan miena taklah seteruk kertas 1 tadi. Boleh jugaklah fokus. Itupun lepas pergi tandas basuh muka :3

Lepas habis jawab kimia kertas 1 & 2 tu kalau boleh miena nak cepat-cepat blah tapi pengawas peperiksaan tu cakap yang cikgu mastura suruh kami semua makan kat kantin. Jangan balik lagi sebab cikgu belanja makan! yeay! maklumlah, hari ni dah start cuti skola, mana ada kantin yang buka kan? :3 Btw, miena gabra jugaklah sebab secara tak langsung akan bertembung dengan HP.
Sepanjang makan kat kantin tu miena asyik mengelak dari terjumpa dan tengok HP. Hanya masa HP amek makanan je miena curi-curi tengok dia. Hehe... maaf HP :3 Itupun kesian Lizzy dan Eiyla sebab miena jadikan pelindung miena. Mianhe Lizzy & Eiyla :3 Masa makan tu miena pura-pura bercakap banyak dengan Eiyla dan Rara. Miena tak cakap sangat dengan Lizzy masa makan walaupun duduk sebelah-sebelah sebab Lizzy sedang asyik bercakap dengan perempuan cina kelas adil. Miena pun taknak kacau daun sebab miena taktau nak cakap apa :3 

Tapi boleh dikatakan hari ni banyak sangat bertembung dengan HP. Dan hari ni jugak miena banyak kali miena mengelak dari berdepan dengan HP. Kalau tak percaya, tanya Eiyla sebab Eiyla selalu jugak jalan sesama dengan miena. Terutama time blik hujan tadi. Susah benor nak cabut dari HP :3


Okaylah. Rasa-rasanya tu jelah kot peristiwa yang berlaku hari ni. Cehh, peristiwalah konon :3
Ape-ape jelah. So, Berakhirnya pembacaan reader semua, miena akan stop cerita dan post tentang HP dah. Lagipun lepas ni miena dah tak jumpa HP dah. So, boleh cabut dari HP hingga hujung dunia.. hehe :3 Okaylah bak kata ustaz azhar idrus :


kan-kan? betul kan. tapi miena taknak cari orang lain. Trauma dah. Biarlah orang lain pulak confess kat miena.. hehe.. ade ke? Harap-harapnya adelah :3

Oh ye, mungkin minggu depan miena akan mula buku baru kot. Miena akan post tentang perkara lain. Perkara yang tak meragukan hati miena dah. Mungkin tentang kisah persahabatan? Haha, harap-harap miena rajin  mengupdate ye :3

Ok, Bye... Salam berjumpa lagi di coretan minggu hadapan :D


TUTUP BUKU,
TUTUP KISAH LAMPAU,
BUKA BUKU,
CIPTA KISAH BARU 


ASSALAMUALAIKUM :D



Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.