The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





Coincedence ! [ Kebetulan! ]
 
Monday, 10 November 2014 




hai... berjumpa lagi ye :D alhamdulillah dan syukur saya panjatkan keatas-Nya kerana saya masih diberi peluang untuk meng 'update' blog comel saya ni. hehe comel ke? terima kasih :P ( perasan sekejap takpe kan? LOL )

untuk entry kali ni, seperti biasa saya akan ceritakan pengalaman saya dengan HP! hehe..
bagi yang belum mengetahui apa itu HP, silalah rajin-rajinkan diri tu tengok post saya yang terdahulu ye. saya malas nak terangkan apa itu HP lagi. Takkan setiap kali saya update tentang HP, saya mesti kena terangkan kan? Bazir masalah kalau macam tu dan membosankan bagi reader kan? (itupun kalau ada pembacalah :P)

Entry kali ni kebetulan saya berjumpa HP urf Capital F. Ceritanya bermula apabila saya dan bff saya iaitu, lizzy , Dira & Eiyla lepak di sebuah restoran mamak lepas balik sekolah. Adalah dalam jam satu setengah macam tu kami lepak. Kami lepak bukan lepak suka-suki tau. Kami lepak sambil makan :D. Gila apa lepak dua tiga jam tapi tak makan apa-apa. Lapar kott! Dahlah tak balik rumah dulu. Belasah je serang kedai mamak tu pakai uniform sekolah. Nasib baik esok takde paper :3 Lagipun kami lepak takdelah lama sangat. Dalam satu setengah jam je kami lepak sebab lepas tu kami nak pergi taman permainan pulak. Oh ye, kawasan tu ade taman permainan. Tempat yang kami aim sangat-sangat adalah buaian. Tak senonoh betul perangai kami ni. Dahlah anak dara. Btw, who care's kan? xD

Sebelum tu saya ade jugak berangan dan cakap kat member saya yang lain kan bagus kalau HP join sekali. hehe jangan taktau yang saya ni setiap masa, setiap saat selalu je berangan dan cakap tentang HP. Kadang-kadang tu diorang tu pun mungkin  fade up gak. Tapi saya hanya tersengih xD

Bila kami dah hampir sampai kat taman permainan tu, saya dan Eiyla terus lari untuk rebutkan buaian. Maklumlah, tempat buaian hanya ada tiga dan kami pulak berempat. So, bila seekor yang tak dapat buaian tu silalah paham-paham ye, dengan segala hormatnya bersila di lantai. Nasib baik lantai kat taman tu jenis tar yang lembut. So, taklah kotor sangat bila duduk tanpa ada sebarang alas :3

selepas tu, Saya dan Eiyla dah pun duduk kat buaian. Tapi si  lizzy & Dira dalam perjalanan untuk letak beg diorang. Eiyla tak bawak beg dia dan saya memang awal-awal lagi dah letak beg saya kat tempat duduk yang ada kat taman tu. Masa diorang letak beg, saya dan Eiyla berhayun dan saya sempat mengulang hajat saya iaitu alangkah bagusnya kalau HP ada sekali. Lepas cakap macam tu saya terus nyanyi lagu D.O sambil berhayun kuat-kuat. Kebetulan masa saya tengah nyanyi dan berhayun, saya perasan ada motor ni macam tengah pandang saya dan Eiyla . Saya pun pandanglah, dan nak tau tak siapa? HP! lepas saya perasan, dia terus jalan dengan motor dia. Kebetulan Lizzy nampak jugak dan Lizzy panggil si HP dan lambaikan tangan. Si HP menoleh dan membuat peace. Time tu saya memang frust sangat. Kenapa saya tak panggil dia je sebelum Lizzy panggil? Mungkin HP tak perasan pun yang saya ada kat situ jugak. Mungkin HP perlahankan motor dia masa pandang saya untuk pastiakan saya dan Eiyla sekolah mana sebab kami pakai uniform sekolah. Masa tu saya memang kecewa sangat-sangat. Kadang-kadang tu saya dapat rasakan yang HP macam sukakan Lizzy je. Sebabnya HP layan  Lizzy lain giler dari perempuan lain. Dia banyak bercakap bila jumpa Lizzy. Bila saya cakap, HP hanya cakap sepatah dua je. Kadang-kadang tu saya pelik sebab dengan semua orang HP senyum tapi bila saya HP tak senyum pun :'( Mungkin ke HP tak suka pandang saya? 

Tapi Dira ada nasihatkan saya supaya cuba dulu sebelum mengalah. Tapi saya takut sangat. Takut kena reject. Saya takut akan pergunakan orang lain untuk saya lupakan HP. Saya harap HP berikan jawapan yang positif bila saya bagitau dia. Doakan saya ya pembaca semua. Doakan saya untuk berani bila berhadapan dengan HP :3

saya rasa sampai di sini saja untuk entry kali ni. Takut berlinangan air mata pulak ( huhuhu~ berlinanganlah konon xD ) BTW, untuk minggu ni saya dah habis paper teras. Just paper3 sejarah je. Maka bermulalah hari menyeksakan sebab turn subjek elektif dah tibaaa~ Uwaa~ takut kimia! takut fizik! takut Add Maths! takut akaun! takut semua!!!! :'(

WISH ME LUCK #SPM2014

ASSALAMUALAIKUM :D


Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.