The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





Catatan Harian saya & HP
 
Saturday, 8 November 2014 



yeah~ hari ni saya update lagi :3 saya cuma nak inform yang esok saya jawab paper sejarah  bagi peperiksaan SPM esok! Doakan saya ye! moga-moga saya dapat jawab soalan dengan tenang! amiiinn :D
oh ye, saya juga nak share keadaan saya di sekolah. walaupun saya ada inform yang saya ni taken to HP, tetapi faktanya bukan. Saya takde terikat dengan mana-mana lelaki ye. so, stop buat spekulasi yang tak baik.
saya ni cuma minat sangat kat HP je. HP sendiri taktau yang saya minat giler-giler kat diaa.
kat twitter juga saya selalu tweet tentang dia. agak-agaknya kalau HP tau mesti dia ingat saya ni stalk dia kan? hehehe lagipun tak mungkin HP tau sebab menurut kawan saya, HP ni takkan bukak benda alah ni semua. So, saya boleh mencoret dengan bebas dan senang hati :D

Oh ye, keadaan saya di sekolah agak sadis juga sebab saya selalu tertanya-tanya bila si HP tu akan pandang dan sedar kewujudan saya. saya jarang bercakap dengan dia dan boleh dikira dengan jari berapa kali saya cakap dengan dia. dia tu dahlah pendiam sangat. saya pula agak anti dengan lelaki. jadi susah sikit nak ada connection dengan makhluk lelaki ni. 
sekarang ni saya mula rajin update blog ni gara-gara nak legakan hati saya. saya nak ceritakan kat kawan saya tapi takut diorang rimas. sebab masing ada bf yang perlu diuruskan oleh mereka.
lagipun saya pun taknaklah sesakkan fikiran diorang dengan masalah saya ni yang tak dapat-dapat bercakap dengan HP. Nasib baik juga saya ada beberapa kawan lelaki yang boleh saya minta tolong.
saya tanya diorang macam mana lelaki tu tunjukkan yang dia suka pompuan tu, kenapa dia taktegur perempuan yang mereka sukakan dan etc lah. pelik juga lelaki ni kan? kalau saya, saya akan sentiasa tegur orang yang saya suka :3 (tapi kau tak tegur HP pun? =,,=)

saya harap dengan adanya blog saya ni, saya dapat gunakan dengan sebaiknya. mana tau ada hikmah blog ni diciptakan? mana tau si HP akan jumpa blog saya dan tahu semua ni? dan mana tahu kalau dia faham apa yang saya cuba sampaikan? semua ni rahsia ALLAH. hanya Dia yang dapat menentukan sama ada si HP dapat baca entry saya ni ke tak. saya hanya berserah pada-Nya :D

dan yg kali terakhirnya please take a note that I'm still have a pride. saya takkan serahkan maruah saya kat HP gara-gara saya minat sangat dengan dia. saya ni tahulah hukum hakam agama ni. Lagipun belum tentu si HP ni jodoh saya kan? tetapi berusaha tu tetap perlu ada :D

btw, saya sibuk sangat citer pasal HP sampaikan saya tak post pun gambar dia. harap maaf yang saya takkan sekali-kali post gambar dia selagi saya belum official dengan dia. Sebab saya taknak orang tahu. Nanti dia malu gambar dia disebarkan di internet oleh orang yang tak dikenali. Lagipun saya tahu yang dia ni tak suka publisiti. yang tu memang saya tabik spring gila-gila kat diaa :3

erm, tapi saya risau jugalah sebab kawan baik si HP ni iaitu si Capital H macam dapat tahu je yang saya minat kat HP. macam mana kalau dia bagitau HP??? ottokae??? kalau boleh saya taknak HP tahu perasaan saya sebelum saya sendiri bagitau sebab kalau dia taknak terima sekurang-kurangnya saya ditolak secara bermaruahkan? saya dah tunjukkan keberanian kan? (walaupun selama ni saya memang tak berani dan pengecut :3)
tapi kamu semua jangan salah sangka yang saya ni terdesak sangat nak dengan si HP tu. saya akan hormat apa saya keputusan dia. saya tak kisah asalkan dia kekal bahagia. saya tak suka paksa orang terima saya dan macam tu juga sebaliknya :D

okaylah, itu sajalah yang saya nak coretkan di 'awal' pagi ni :3 amboi, awalnya saya update blog ya? hehe.. k buhbye. jumpa lagi di entry yang lain. muahhh <3

ASSALAMUALAIKUM :)



Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.